Thursday 5 May 2011

Rambut Gemilang Semulajadi Badan Licin

Rambut merupakan mahkota kepada semua orang. Tak kiralah perempuan atau pun lelaki. Ini kerana rambut juga melambangkan peribadi seseorang. Rambut juga akan dikira semasa temuduga. erk yeke? -_- Disebabkan itu, banyak syarikat shampoo berlumba-lumba untuk menjual produk mereka ke pasaran antarabangsa malahan syarikt yang kecil juga berusaha untuk membuat shampoo terbaik untuk pengguna.


Untuk mendapatkan hasil rambut yang memuaskan dengan menggunakan pelbagai jenis shampoo amat susah untuk memperoleh. Di samping, melaburkan sedikit ataupun banyak untuk mendapatkan shampoo yang bersesuaian dengan rambut kita.


Bahan semulajadi dapat digunakan secara universal iaitu boleh digunakan semua jenis rambut. Tidak kiralah rambut kering, rambut berminyak, rambut berkelemumur dan semua jenis rambut yang bermasalah.



Untuk rambut lembut tanpa kelemumur, kita boleh menggunakan santan kelapa bukan dari paket untuk hasil gemilang. Hampas kelapa yang mempunyai santan diblend untuk mendapatkan santan sehingga tiada santan di hampas kelapa. Hampas kelapa boleh digunakan untuk scrub badan.


Kita hanya menggunakan air limau purut dan santan kelapa.


Semasa mandi, bersihkan rambut menggunakan shampoo(boleh guna sebarang shampoo) untuk membuang kotoran di rambut. Kemudian air limau (untuk hasil yang baik, limau purut diperah ke atas kepala terus) di sapukan di seluruh rambut untuk membuat kelemumur  serta mewangikan rambut sekaligus. Biarkan selama beberapa minit. 


Sementara itu, scrubkan badan menggunakan hampas kelapa tanpa santan. Ini unuk kulit yang lembut dan halus. Kemudian santan kelapa disapukan di rambut untuk rambut yang bersinar menyilau. Biarkan beberapa minit. Akhir sekali bilaskan. 


Selepas basuh rambut dan rambut dikeringkan tanpa pengering rambut, biarkan rambut lembab sedikit, minyak zaitun disapu ke atas rambut untuk rambut kekal bersinar dan lembut serta lebat. Minyak zaitun disapukan pada waktu malam untuk mengelakkan kepala gatal sekiranya disapu pada siang hari.



2 comments:

Niena Muhammad said...

bagus btul petua ni hehehe

jomm..
http://www.my-shopping2u.com/2011/05/roti-canai-telur-satu.html
yerk..ada najis dlm roti canai!

arang67 said...

salam..kenapa murah?.

leh tgk kat link ni ye :)

http://codekasper.blogspot.com/p/kenapa-murah.html