Friday 28 January 2011

Konklusi

Hello Selamat Datang. Anda sedang melayari sambil menjenguk dan membaca di blog F.T.F aka fiqathefiga. ok. baiklah. Adakah anda telah membaca tajuk di atas? Ini bukan untuk lagu yang bertajuk konklusi nyanyian Hujan Band (betul ke?) dari Malaysia ye. Ini adalah untuk tajuk pada hari ini hari Jumaat. Tajuk ini adalah konklusi untuk entri yang bertajuk Oh! Tidak! masih ingat?



Sebelum tu. Adakah anda tahu maksud konklusi? Menurut kamus elektronik edisi sasbadi yang diambil maknanya dari kamus dewan. Konklusi bermaksud keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan), kesimpulan. Jadi, kalau kita ringkaskan. Konklusi adalah kesimpulan. ataupun ringkasnya atau yang lebih senang atau yang selalu kita tulis dalam buku nilam zaman sekolah itu sinopsisnya. paham.



Konklusi:


Oh! Tidak! adalah tajuk besarnya kalau tajuk kecik adalah rahsia period perempuan atau masalah yang dihadapi oleh kaum perempuan semasa dan ketika period yang patut diketahuai oleh perempuan dan teman lelakinya ataupun sekutunya. panjang tak? panjangkan -_-.


Masalah yang sering dihadapi oleh kaum perempuan ketika dan semasa datang bulan:


01 Sering dalam keadaan yang yang tidak stabil atau bahasa mudahnya ialah cepat marah. ataupun mudah marah walaupun dengan hal atau perkara yang remeh-temeh.
Seperti contoh: Figa (bukan nama sebenar) pada pagi tadi dia kena marah dengan cikgu dan kemarahan Figa tidak reda semasa waktu rehat. Kawannya yang bernama Gidah (bukan nama sebenar) mengusiknya dengan menggeletek ketiak Figa kerana Figa bermuka masam. Figa tidak bersikap seperti selalu yang mudah ketawa. Tetapi, pada haritu Gidah dimarahi oleh Figa dengan menyimbah air sirap ke arah muka Gidah.


02 Mempunyai keinginan yang luar biasa serta semangat yang tinggi.
Seperti contoh: Figa (bukan nama sebenar) berangan hendak membuat tart telur. Tidak seperti hari-hari biasa Figa yang pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya. Tidak seperti hari sebelum periodnya, Figa rajin bertanya dengan ibunya di-mana-kah letaknya tepung gandum yang baru dibeli oleh ibunya yang menyebabkan ibunya terkejut beruk. Tetapi dengan semangat juang Figa yang tinggi tart telur tersebut berjaya dihasilkan oleh Figa.


03 Mempunyai selera makan yang tinggi serta mudah lapar.
Seperti contoh: Figa dalam program dietnya. Figa berjanji kepada dirinya untuk makan hanya setengah senduk. Tetapi pada haritu Figa makan lebih dari dua pinggan.




Baiklah. itu je. Entri yang akan menyusul ialah Tips Menghadapi Masalah Period di Kalangan Perempuan.

Sekian. Terima Kasih kerana membaca entri saya kali ini.

7 comments:

remi said...

ow....
search kat google kot...

ellang said...

ellang Design lelaki lah huhu

Zulaiqha Zulkifli said...

hehe......singggah...tgk hal period pmpuan.lallala...huhu...

Phantom said...

ooo,pasal [peroad rupanya

ingatkan konklusi apa

ila said...

yea..
betul tu..
iLa follow sekali
x de sb ker?

Emas Putih said...

buat figa.. read this

http://sitiaminahidrus.blogspot.com/2011/01/bidang-ukur-bahan-apa-tu.html

ciek niena said...

wooo, info yang terbaik ni.. hihi.. rasanya yg no 3 tu sgt kena.. HHEHE